Penyakit Kulit

Perkhidmatan Perubatan Am

MASALAH KULIT KANAK-KANAK

Assalamualaikum semua,

Hari ini Dr nak kongsi tentang penyakit kulit yg sering dialami kanak-kanak dari bayi sehingga umur 12 tahun. Selalunya ibu-bapa akan bawa anak-anak tersebut ke Klinik dgn masalah yang sama.

Jangan risau, kebanyakan masalah kulit boleh di rawatan di Klinik Perubatan Am. Ibu-bapa perlu segera bawa ke Klinik agar masalah ini tidak berlanjutan.

Allergic Urticaria

Urticaria atau kata lain “Gatal- Gatal” dikenali sebagai tompok merah-merah, bengkak dan gatal di permukaan kulit.

Ini adalah penyakit kulit yang sering terjadi pada kanak-kanak lebih lagi jika baru memberi pengenalan makanan baru , persekitaran baru seperti taska/tadika dan lain-lain.

Ia tidak merbahaya, namun jika biar berlarutan ia boleh menganggu aktiviti harian anak tersebut.

Ekzema

Ekzema adalah keradangan dan kegatalan kulit. Yang paling biasa untuk kanak-kanak adalah dikategorikan sebagain Dermatitis Atopik (Atopic Dermatitis) atau Ekzema Atopik (Atopic Eczema).

Biasanya bagi bayi ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di pipi dan kadang kala berair. Bayi juga akan kelihatan tidak selesa dan menggeselkan mukanya. Ada juga bintik-bintik merah di kawasan kulit yang lain.Ciri-ciri ekzema atopik ini adalah gatal dan bintik merah kecil. Jika digaru, ruam boleh menjadi kasar, berair dan tebal. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, leher dan kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Risiko lebih tinggi jika ada sejarah alahan pada bayi atau keluarganya sama ada asma, resdung dan ekzema atopik.

Kulat Kulit

Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab.

Jenis-jenis ini boleh diklasifikasikan mengikut lokasinya:

  • Tinea capitis (kulit kepala).
  • Tinea corporis (badan).
  • Tinea manuum (tangan).
  • Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Penyakit Kaki , Tangan & Mulut ( HFMD)

Jangkitan kulit ini pada asalnya akan bermula sebagai ulser dalam mulut dan juga bintik-bintik pada luar mulut, tangan dan bahagian kaki.

Ia sering berlaku pada usia kanak-kanak dan boleh merebak melalui sentuhan atau batuk/ bersin.

Anak anda perlu dikuarantin jika terkena penyakit ini kerana ia boleh dijangkiti.

Segera bawa berjumpa Doktor jika anak anda mempunyai symptom seperti Dr kongsikan.

Cacar Air (Chickenpox)

Chicken pox adalah dari Virus Varicella Zoster dan penyakit kulit yang boleh berjangkit.

Selalunya ia akan bermula pada muka, telinga, dada dan kemudian di seluruh badan.

Kebiasaannya anak akan terkena jangkitan ini sekali seumur hidup.

Perlu datang berjumpa Dr utk rawatan.

Vaksin chicken pox juga boleh di ambil seawal 12 bulan agar mengurangkan risiko terkena jangkitan cacar air atau mengurangkan risiko ia menjadi lebih teruk.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah: 

Klinik Dr Alyna Wangsa Maju
Tel : 03-41419050
Tel/Whatsapp : 011-3674 3689

Klinik Dr Alyna Kota Damansara
Tel : 03-61507548
Tel/Whatsapp : 011-26203689

Hubungi kami

KLINIK DR ALYNA KOTA DAMANSARA

55-G, Jalan PJU 5/20, The Strand, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-6150 7548 / 011-2620 3689

Email: dralynakd@gmail.com

KLINIK DR ALYNA WANGSA MAJU

No 6, Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 9050

Email: dralynanayla@gmail.com

KLINIK DR ALYNA PUTRAJAYA

16, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8861 5608

Email: klinikdralyna.putrajaya@gmail.com

KLINIK DR ALYNA Indera Mahkota, KUANTAN

B90 & B92, Lorong IM 8/33, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Tel: 016-426 2616 

Email: klinikdralynaim@gmail.com